Jumaat, 30 November 2012

Nota Tabiat Makan Haiwan




TABIAT MAKAN

 HAIWAN MAKAN HAIWAN SAHAJA

Haiwan jenis ini hanya makan haiwan lain yang lebih kecil daripadanya sahaja. Haiwan ini tergolong dalam kumpulan haiwan karnivor. Gigi haiwan karnivor mempunyai gigi kacip yang pendek dan tajam. Gigi taringnya panjang, tajam dan melengkung. Manakala gigi gerahamnya juga tajam, bergerigi dan berbentuk pisau. Bentuk gigi taring haiwan karnivor sangat tajam dan besar yang mana berfungsi untuk mengoyak daging. Rahang haiwan karnivor hanya dapat bergerak ke atas bawah. Haiwan karnivor tidak memerlukan gerakan menggiling, ini kerana mereka terus menelan makanannya.

 
HAIWAN
MAKANANNYA
 
 
 
 
 
 
Cicak
 
 
 

Labah-labah
 
Serangga
 
 
 

 
Singa
 

Rusa
 

Lembu
 
 
 
 
Ketam
 
 

Ikan-ikan kecil




TABIAT MAKAN

 HAIWAN MAKAN TUMBUHAN SAHAJA

Haiwan ini pula hanya makan tumbuhan sahaja. Ia termasuk di dalam kumpulan haiwan herbivor. Haiwan herbivor mempunyai gigi kacip dan gigi geraham yang lebar dan rata. Kebanyakan haiwan herbivor tidak mempunyai gigi taring. Mereka menggunakan gigi kacip atau geraham untuk mengunyah makanan sebelum menelan. Rahang haiwan herbivor dapat bergerak menyamping selain gerakan ke atas bawah. Pergerakan ini berfungsi untuk menggiling sayur dan buah-buahan


HAIWAN
MAKANANNYA
 
 
 
Burung kelicap
 
 


 

 
 
Lebah
 
 
Manisan bunga
 
  
 
Ulat beluncas
 

Daun muda
 
TABIAT MAKAN
 HAIWAN MAKAN TUMBUHAN DAN HAIWAN LAIN
Haiwan ini akan memakan jenis haiwan dan tumbuhan yang digemari. Ia termasuk di dalam kumpulan haiwan omnivor. Haiwan omnivor mempunyai gigi kacip yang lebar dan rata. Gigi taring yang pendek dan tumpul serta gigi geraham yang juga rata. Haiwan omnivor juga akan mengunyah makanan sebelum menelan. Seperti haiwan herbivor, rahang omnivor juga dapat bergerak menyamping selain gerekan ke atas bawah.
HAIWAN
MAKANANNYA
 
  
 
 
 
 
 
Ayam
 

bijirin
 

cacing
 

rumput
 
 
 
Itik
 
 
 
 
 
 

bijirin
ikan-ikan kecil
 

3 ulasan:

Unknown berkata...

Thanks kak. Leh su guna info akak ni tuk PnP tahun depan....insyaallah, klu ajar thn 2.

Puteriayuku berkata...

Terima kasih juga kerana sempat melayari blog akak ni. Sama-samalah kita berkongsi bahan utk masa depan.

Unknown berkata...

Punca perubahan tabiat pemakanan