Sabtu, 6 Oktober 2012

Rancangan Pelajaran Harian Sains Tahun 2


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 2




Mata pelajaran
: Sains
Tarikh
: 8. September. 2012
Masa
: 9.15 – 10.15 pagi.
Kelas
: 2 Zamrud.
Bilangan murid
: 37 orang.
Tajuk
: Diet Haiwan.
 
 
Standard Kandungan
: 2.1    Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk
           hidup
Standard Pembelajaran
: 2.1.3 Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
 
: 2.1.4 Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang
           dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan
           sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan.
Objektif Pembelajaran
: Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
 
1) memberikan beberapa contoh haiwan dan makanan yang
    dimakan dengan betul.
 
2) mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan
    iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau
    makan haiwan dan tumbuhan dengan tepat.
Alat Bantu Mengajar
: LCD, lembaran kerja, model haiwan dan komputer.
Nilai
: Bekerjasama, berkomunikasi, Memerhati dan mengelas.
EMK
: T­MK – Menayangkan jenis-jenis haiwan yang ada di
  sekeliling murid.
: Bahasa – Menggunakan bahasa yang betul berkaitan
  dengan diet haiwan.
Langkah Pengajaran :
 
 
Set Induksi :
 
Murid diminta meneka nama haiwan yang terdapat di dalam kotak yang dipegang oleh guru dengan memberikan petunjuk ciri-ciri haiwan tersebut.
 
Langkah 1
 
Murid-murid melihat persembahan powerpointmengenai contoh jenis-jenis haiwan mengikut tabiat makan mereka.
 
Langkah 2
 
Murid-murid mendapat lembaran kerja untuk mengelaskan haiwan mengikut diet makanan mereka.
 
Langkah 3
 
Murid-murid membina persembahan powerpoint berkenaan tajuk yang diajar.
 
Langkah 4
 
Murid-murid menunjukkan hasil persembahan mereka di paparan LCD.
 
Penutup
 
Murid yang berjaya menghasilkan persembahan terbaik diberikan hadiah.
Penilaian P & P : Murid dapat membina persembahan powerpoint dan
menyiapkan lembaran kerja yang disediakan.
 
Pentaksiran
: 1. Murid membina persembahan powerpoint.
: 2. Murid menyiapkan lembaran kerja yang disediakan
Refleksi
: Murid-murid dapat menyatakan 6 daripada 9 haiwan
  yang bersesuaian dengan diet makan haiwan tersebut.

Tiada ulasan: