TABIAT MAKAN
HAIWAN MAKAN HAIWAN SAHAJA
Haiwan
jenis ini hanya makan haiwan lain yang lebih kecil daripadanya sahaja. Haiwan
ini tergolong dalam kumpulan haiwan karnivor. Gigi haiwan karnivor mempunyai
gigi kacip yang pendek dan tajam. Gigi taringnya panjang, tajam dan melengkung.
Manakala gigi gerahamnya juga tajam, bergerigi dan berbentuk pisau. Bentuk gigi
taring haiwan karnivor sangat tajam dan besar yang mana berfungsi untuk
mengoyak daging. Rahang haiwan karnivor hanya dapat bergerak ke atas bawah. Haiwan
karnivor tidak memerlukan gerakan menggiling, ini kerana mereka terus menelan
makanannya.
HAIWAN
|
MAKANANNYA
|
Cicak
|
Labah-labah
|
Rusa
Lembu
|
|
Ikan-ikan
kecil
|
TABIAT MAKAN
HAIWAN MAKAN TUMBUHAN SAHAJA
Haiwan
ini pula hanya makan tumbuhan sahaja. Ia termasuk di dalam kumpulan haiwan
herbivor. Haiwan herbivor mempunyai gigi kacip dan gigi
geraham yang lebar dan rata. Kebanyakan haiwan herbivor tidak mempunyai gigi
taring. Mereka menggunakan gigi kacip atau geraham untuk mengunyah makanan
sebelum menelan. Rahang haiwan herbivor dapat bergerak menyamping selain
gerakan ke atas bawah. Pergerakan ini berfungsi untuk menggiling sayur dan
buah-buahan
HAIWAN
|
MAKANANNYA
|
Burung
kelicap
|
|
Lebah
|
Manisan
bunga
|
Ulat
beluncas
|
Daun
muda
|
TABIAT MAKAN
HAIWAN MAKAN TUMBUHAN DAN HAIWAN LAIN
Haiwan
ini akan memakan jenis haiwan dan tumbuhan yang digemari. Ia termasuk di dalam
kumpulan haiwan omnivor. Haiwan omnivor mempunyai gigi
kacip yang lebar dan rata. Gigi taring yang pendek dan tumpul serta gigi
geraham yang juga rata. Haiwan omnivor juga akan mengunyah makanan sebelum
menelan. Seperti haiwan herbivor, rahang omnivor juga dapat bergerak menyamping
selain gerekan ke atas bawah.
HAIWAN
|
MAKANANNYA
|
Ayam
|
bijirin
cacing
rumput
|
|
bijirin
ikan-ikan
kecil
|